Powered By Blogger

Tuesday 5 November 2013

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengguna yang melayari blog Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor ini.

Blog ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor. Saya berharap blog ini akan dapat membantu dan memudahkan orang ramai dalam mendapatkan informasi mengenai Jabatan selaras dengan pengenalan Slogan “Cepat dan Mesra”. Orang ramai juga dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan akan terus dapat dijalankan.

Saya juga berharap blog ini akan menjadi satu wacana untuk mendapatkan maklumat dan mempercepatkan urusan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Terima Kasih kerana mengunjungi blog Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.

YS PKPjB Othman Bin Abdullah
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

No comments:

Post a Comment