Powered By Blogger

Tuesday 5 November 2013

6 November 2013 - JBPM Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar jurusan Komunikasi Universiti Malaysia Sabah seramai 49 orang termasuk pensyarah mereka. Satu sesi taklimat telah diadakan di Dewan Cemerlang Ibu Pejabat JBPM Negeri Selangor yang dikendalikan oleh unit PRO. Selesai sesi taklimat pelajar-pelajar tersebut dibawa melawat ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) dan diakhiri dengan sesi bergambar. Semoga dengan lawatan tersebut dapat memberi manfaat yang berguna kepada pelajar-pelajar tersebut.


Sesi soal jawab antara pelajar dengan penceramah.

Cenderahati daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Lawatan di Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Selangor
Sesi bergambar

Taklimat ringkas disampaikan oleh PPgB Aidil

Ucapan pembukaan oleh PgB Hamizal

67 orang pelajar UMS









Admin 12630
Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengguna yang melayari blog Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor ini.

Blog ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor. Saya berharap blog ini akan dapat membantu dan memudahkan orang ramai dalam mendapatkan informasi mengenai Jabatan selaras dengan pengenalan Slogan “Cepat dan Mesra”. Orang ramai juga dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan akan terus dapat dijalankan.

Saya juga berharap blog ini akan menjadi satu wacana untuk mendapatkan maklumat dan mempercepatkan urusan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Terima Kasih kerana mengunjungi blog Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.

YS PKPjB Othman Bin Abdullah
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.